This Is Me

Foto saya
FERSMIAAA member forever... kelateness

Isnin, 14 Disember 2015

aku suka sangat kt kucing... diaorang cute sgt... rasa mcm nk cubit2 je...  kat rmh aq ada 3 ekor kucing je... T_T


Selawat Murah Rezeki
- Di atas IzinNya dan
RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan
segala nikmat kurniaanNya...
- Hari ni nak cita pasal berselawat ke Atas Nabi
Muhammad SAW.. . bukan setakat time
Maulidur Rasul ajer kita kena baca selawat...
setiap waktu setiap masa tak kira apa jua
kedaan pun... kita boleh baca selawat keatas
nabi ni... itu perkara yang baik kan...
- Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika
hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana
selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan
rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua
hajat.
-Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa
berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku
mendengarnya, barangsiapa berselawat
kepadaku dari jauh, maka selawat itu
diserahkan oleh seorang malaikat yang
menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi
urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku
sebagai saksi dan pembela baginya. "
(Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)
-Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda
maksudnya : " Sesuatu doa terdinding
(terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa
berselawat kepada Nabi SAW. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)
-Mudah-mudahan dengan membaca Selawat
banyak-banyak rezeki yang Allah bagi pada kita
semua berganda ganda..dan yang paling
penting..sentiasa merasa cukup dengan apa
yang ada.
-Selawat murah rezeki juga boleh dijadikan
hati tenang.. Imsya Allah..
Siapa suka mandi sambil menyanyi??? meh meh sini bca
, Awas!!..Jangan lama2 d Tandas atau Bilik Mandi...
.
Dalam sebuah hadis,,Rasulullah bercerita bahwa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi.        
.
"Ya Allah,,adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,,maka berilah pula aku tempat tinggal..!!" Kata Iblis..Allah berfirman,,"Tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau tandas..(HR. Bukhari)
.
Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi atau tandas..
.
Godaan iblis macam-macam dan aneka warna.contohnya menggoda manusia supaya:
.
1. Berlama-lama di dalam bilik mandi
.
2. Bernyanyi atau berkata-kata
.
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa hp mendengarkan muzik, ber'facebook')
.
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri
.
5. Membiarkan baju yang kotor t'gntung di dalm bilik mandi
.
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi
.
7. Mengambil Wuduk sambil telanjang
.
8. Mengoret-oret dinding bilik mandi
.
9. Merencanakan kejahatan
.
Maka,,hati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi atau tandas.Dan tips yang baik adalah mandi,buang air dll sewajarnya saja..
.
lebih cepat lebih baik
.
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.

Sedikit perkongsian.

Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.
Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati.Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya.

"ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan,"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Ohhh,"jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?"

"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati"ada byk mazhab ke dia ni?".

"Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku"

"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"..."maaf ustaz".

Aku ckp dekat dia,"dua dua mazhab lah ustz".

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.Aku nak menangis.

"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap."kenapa ustaz?"

dia menjawab,orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah.Dia berlagak depan Allah!.Dia menolak pemberian Allah!.Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr.
Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.Jadi ape yg ada pada fikiran kau?

Mesti kau akan kata"dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".Aku tersentak.

Dia berkata lagi"org yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang mcmni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah.

Sesungguhnya manusia itu jahil.Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Allahuakbar.Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni.Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak.Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi"orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan.Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!

Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"...

"Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat.Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang.Kau siapa? Nak ubah sunnatullah!

"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah.Orang yg dekat dengan Allah.Hidup mmg kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu.Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri.Ada org bawa Al quran ke huku ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum arak.Barulah rasa haramnya itu.

Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tgok kesalahan.Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yg soleh, ulama', auliya', Ahlullah.Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah.Kita sendiri tau antara org yg Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak bersyukur.Kita ni miskin, miskin amalan.Janganlah kita sombong depan Allah.

Nabi dah kata:

  احفظ الله،يحفظك
  Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
 
Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah.Takutlah Allah.Jagalah adab dengan Allah.Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia.
Semoga dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain.Prihatin antara satu sama lain.
Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.Sebab itulah punca hati ini su'zon.

Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk.

Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu.

Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain.
Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain.

Sedikit perkongsian.Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh..wallahualam.
Surah Al-Ikhlas
"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"
Keberkatan surah al-ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Kisah budak Kecik yang perlu dijadikan teladan!

 “Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

 Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

 “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata
 “Bersedia untuk apa?”.
 “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
 ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
 ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah
 “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu
 “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya

 “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
 ”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.

Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.

 “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
 “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya

 “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

 “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

 ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.

Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
 ”Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
 ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

 “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
 ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.

Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.

 “Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”.
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.

Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis.
Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR !!

P/s: sekecil2 amalan kalau xbuat pasti d persoal kelak.. Allah.. moga dakwah walau sepotong ayat dapat sampai kepada hambaNYA yg lain..
Umat Islam kena tahu sejarah APRIL FOOL.
Pada abad ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir.
Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga...
Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah..
Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol...
Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan...
Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar...
Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah..
"TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN...."
Maka selaku umat Islam, apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa.
Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira
"APRIL FOOOOL"
Tanpa kita sedar di sebaliknya adadalah peristiwa saudara kita yang ditipu dan di aniayai oleh golongan penipu yg memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN...
Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya...
Jangan sambut APRIL FOOL sebagai tanda menghormati umat Islam yang telah dibunuh itu....